Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Ahad, 3 Januari 2010

ISU KALIMAH "ALLAH", PAS KEMBALI INSAF :

KEPIMPINAN PAS MULA BERSUARA
DAN
MENYATAKAN PENDAPAT MEREKA :
Berita TV3 jam 8 malam tadi, memaparkan ulasan Nasaruddin Mat Isa, Tim Presiden PAS yang mula bersuara mengenai isu kalimah "Allah" dan mula kelihatan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah. Sudah pasti ianya bertujuan untuk memperbetulkan "nasi yang sudah menjadi bubur" engkara durjana Khalid Samad yang merupakan antara tokoh PAS di Selangor yang menyebabkan kristian menggunakan hujahnya hingga menang dalam kes tersebut.
Selain itu, dikhabarkan bahawa : Idris Haji Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat menjelaskan :
PAS KECEWA MAHKAMAH BENARKAN PERKATAAN "ALLAH"
DALAM MINGGUAN HERALD THE CATHOLIC :
Parti Islam Semalaysia (PAS) kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya. PAS bimbang dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan ini akan menimbulkan kekeliruan di kalangan orang Islam terutama di kalangan muallaf dan mereka yang hendak mendekatkan diri
dengan Islam.
Penggunaan nama Allah telah dianggap sebagai serasi dengan masyarakat Islam dan bukan Islam di negara ini yang merujuk kepada penggunaan itu hanya untuk agama Islam sahaja. Perkara ini telah diakur sejak turun temurun oleh penganut agama Kristian di negara ini.
Penggunaan nama Allah dalam al-Quran, maksudnya “Dan jika kamu bertanya kepada mereka siapa yang menjadikan langit dan bumi, nescaya mereka mengatakan Allah”. Allah yang mereka akur ialah sebagai tuhan “pencipta”, bukan sebagai Allah yang tunggal yang patut disembah.
Ini dinamakan kepercayaan Rububiyyah,
bukan kepercayaan Uluhiyyah.
Pas mengharapkan supaya pihak Kerajaan membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi supaya ia mendatangkan kebaikan kepada kita bersama. Menghalang penggunaan nama Allah ini sebagai satu langkah “Saddu Zarai’c” untuk menutup pintu keburukan di kalangan masyarakat Islam khususnya dan
masyarakat Malaysia amnya.
Perlu ditegaskan ini bukan berarti Pas menentang kebebasan agama lain untuk mengamalkan ajaran mereka sediri di negara ini. Selama ini Pas yang memerintah di Kelantan hampir 20 tahun memberi kebebasan kepada penganut agama yang manoriti mengamalkan agama mereka tanpa apa-apa gangguan daripada pihak berkuasa Pas
di Kelantan.
KESIMPULANNYA :
KINI PAS BERIA-IA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH, SETELAH APA YANG DILAKUKAN OLEH KHALID SAMAD.
SETELAH NASI MENJADI BUBUR YANG MENYEBABKAN KRISTIAN MENANG DI MAHKAMAH TINGGI DENGAN MENGGUNAKAN HUJAH KHALID SAMAD, PAS KINI MENJADI KELAM KABUT KERANA TAKUT PENGUNDINYA LARI MENINGGALKAN PAS.
MUNGKIN, INILAH PETANDA GERHANA SEPARA BULAN KEPADA KEHANCURAN PARTI PAS.
WALAU BAGAIMANAPUN, PAS MESTI BERSATU DENGAN SELURUH UMAT ISLAM DI MALAYSIA BERSAMA PARTI UMNO UNTUK MEMPERTAHANKAN KESUCIAN KALIMAH ALLAH DI BUMI MALAYSIA INI.
KINI KITA AKAN LIHAT BAHAWA PKR KIAN TERTEKAN MEMBISU APABILA ISU INI MENJADI SEMAKIN HANGAT YANG BOLEH MENGANCAM HUBUNGAN MEREKA DALAM PAKATAN RAKYAT.
WALLAHU A'LAM.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maaf Sdra.
Andalah yg wajib bertaubat dan mohon maaf kpd Khalid samad.
Anda tdk tahu/faham cara berhujjah yg betul dan beradab dlm Islam.
mgkin hr ni anda x akui namun suatu hr nanti anda akan sedarinya, insyaALLAH.

Selempang Merah berkata...

Salam..

Saudara kena faham, situasi yang berlaku sekarang. Mengapa ianya terjadi? Kerana terdapat segolongan orang Islam termasuk saudara, yang memberi pandangan dengan menafsirkan beberapa potongan ayat Al-Qur'an sebagai hujah telah dijadikan sandaran pihak gereja menang besar dalam tuntutan mereka untuk mengistilahkan "God" kepada kalimah "ALLAH".

Mengapakah selama ini tidak timbul isu ini ? Mengapakah mereka tidak mahu menggunakan istilah "Tuhan" menggantikan "God" ? Sebabnya ialah, pihak gereja mahu semua rakyat Malaysia khususnya umat Islam menyatakan bahawa tuhan penganut Kristian juga bernama "ALLAH" sebagaimana umat Islam. Namun, bagi umat Islam yang kukuh pegangan agamanya, insya'ALLAH tiada masalah. Namun, bagaimana pula pegangan agama yang lemah bagi kebanyakkan umat Islam di Malaysia ? Saya pasti, saudara sedia maklum, berapa ramai umat Islam di Malaysia telah murtad. Adakah anda berhasrat menambahkan lagi jumlah murtad di Malaysia ? Fikirkan...

Memang agama samawi (Kristian iaitu Nasrani, Yahudi) adalah agama samawi yang masih kekal hingga kini. Kristian dengan kitab Injil, dan Yahudi dengan kitab Taurat. Ya, sebelum kitab mereka di selewengkan, memang mereka mengakui keesaan Allah. Namun kini, mereka telah jauh sesat lagi menyesatkan kerana dipesongkan oleh ulamak mereka dan oleh kerana itulah Allah mengutuskan Rasul Akhir Zaman dan tiada nabi dan rasul selepas baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Apa yang penting di sini ialah suadara dan yang seangkatan dengan Khalid Samad wajib sedar, mengapa pihak gereja beria-ia memperjuangkan kalimah "ALLAH" pada hari ini sehingga mereka semakin berani?
Sebabnya ialah :

1. Terdapat golongan umat Islam yang seangkatan dengan saudara menjelaskan hujah-hujah berdasarkan Al-Qur'an yang membolehkan agama lain boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam agama mereka.

2. Mereka telah mengenal pasti bahawa umat Islam Malaysia sudah berpecah-belah kerana perbezaan pandangan dan fahaman politik.

3. Muda mudi hari ini lebih sukakan hiburan berbanding membaca buku agama dan tidak suka ke kelas-kelas agama atau mendengar kuliah-kuliah agama.

4. Mereka tahu, Masjid-Masjid dan Surau-Surau tidak dipenuhi untuk mendirikan solat 5 waktu. Hanya solat sunat 2 hari raya dan jumaat sahaja ramai jemaahnya.

5. Mereka juga mengkaji, sudah ramai dikalangan umat Islam Malaysia suka berzina, berliwat, meminum arak tanpa segan silu, dan seumpa dengannya iaitu melakukan semua dosa besar yang dilarang oleh ALLAH s.w.t. yang jelas menggambarkan muda-mudi hari ini terlalu lemah imannya dan mudah bagi mereka untuk memesongkannya.

6. Banyak lagi perkara lain yang tak sempat saya nyatakan di sini dan anda sendiri boleh berfikir tentangnya. Apa yang menyedihkan sekali, kini umat Islam telah ditertawakan oleh agama lain kerana kelemahan kita sendiri untuk memartabatkan kesucian agama Islam yang menjadi agama rasmi Negara.

Jika saudara mengkaji hujah Khalid Samad sebenarnya menggunakan hujah segelintir ulamak yang bersetuju agama lain boleh menggunakan kalimah ALLAH dalam fahaman agama mereka. Namun, majoriti para ulamak menolak hujah tersebut dengan dalil-dalil yang lebih kuat, jelas, tepat dan dinyatakan sekali asbabul nuzul ayat tersebut. Anda boleh kaji hujah yang digunakan Khalid Samad dengan membuka sendiri Kitab-Kitab Muktabar Para Mufassirin seperti Kitab Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir Tobari, Tafsir Al-Manar, dan banyak lagi. Anda boleh faham dengan lebih jelas jika anda sendiri mengkajinya atau meminta sesiapa sahaja dikalangan para ustaz yang mahir berbahasa arab untuk memperjelaskannya bagi menjelaskan hujah-hujah yang diguna pakai oleh Khalid Samad.

Oleh itu, saya bermohon kepada ALLAH s.w.t. agar kita sama-sama diberikan taufuk dan hidayah agar kita tidak membantu golongan kufar dan golongan musyrikin. Malah mudah-mudahan kita ditetapkan iman kita agar sentiasa mendapat keredhaan ALLAH di dunia dan akhirat. Aminn...

Wallahu a'lam..

Avishmael berkata...

Kalimah Allah ialah "lafzul jalalah” utk sekelian Alam. Allah SWT ialah Tuhan yang bukan sekadar disembah oleh Orang islam, sebaliknya wajib disembah juga oleh orang-orang bkn Islam. Cumanya, cara bertuhankan Allah saja yg berbeza.

Bagi mereka yang beragama Islam, Allah itu merujuk kepada Tuhan yang Esa. Adapun bagi mereka yang beragama kristian, ia merujuk kepada triniti. Begitu pula yahudi, merujuk kepada tuhan bapa kepada Uzair.

Justeru, dalam isu penggunaan kalimah Allah bagi non Muslim, apakah ia dibenarkan atau tidak? Apa yang dapat kita perhatikan, banyak nas-nas Al-Quran, dan hadis yang membenarkan penggunaan kalimah Allah, berbanding nas-nas Quran dan Hadis yang melarangnya.

Pertama : Surah Al-Ankabut : 61

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى يُؤْفَكُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar)”

(Surah Al-Ankabut : 61)

Ayat ini, dengan jelas orang bukan Islam menjawab “Allah” dikala ditanya oleh Nabi SAW tentang siapa pencipta langit dan bumi. Selepas menyebut kalimah Allah oleh orang bukan Islam ini, Allah tidak pernah menyuruh Nabi SAW menyerang atau menghalang mereka daripada menyebut kalimah “Allah” tersebut.

Kedua : Surah Al-Ankabut : 63

وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ مَنْ نَزَّلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِنْ بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Maksudnya;
“Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: "Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?" Tentu mereka akan menjawab: "Allah", Katakanlah: "Segala puji bagi Allah", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami(nya)”

(Surah Al-Ankabut : 63)

Sama juga dengan ayat ini, ia mempunyai maksud yang sama dengan ayat di atas. Bahkan, di akhir ayat ini, Allah menyatakan kepada Muhammad agar mengucapkan syukur terhadap apa yang orang bukan Islam sebutkan – iaitu menyebut kalimah Allah. cumanya, Allah memerli mereka dengan alasan mereka tidak menggunakan akal dengan sihat disebalik pengakuan Allah sebagai tuhan yang menurunkan air daripada langit dan menumbuhkan tumbuh-tumbuhan daripada bumi.

Ketiga : Surah Al-Haj : 40

وَلَوْلَا دَفْعُ اللَّهِ النَّاسَ بَعْضَهُمْ بِبَعْضٍ لَهُدِّمَتْ صَوَامِعُ وَبِيَعٌ وَصَلَوَاتٌ وَمَسَاجِدُ يُذْكَرُ فِيهَا اسْمُ اللَّهِ كَثِيرًا

Maksudnya;
“Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid- masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah”

(Surah Al-Haj : 40)

Dalam ayat ini, Allah SWT menyebut bahawa rumah-rumah ibadat yang menyebut kalimah Allah ini, bukan hanya digunakan di masjid-masjid sahaja, bahkan digunakan juga di rumah-rumah ibadat agama selain Islam, seperti gereja dan biara yahudi. Ia merupakan satu pengi’tirafan dari Allah, atas keizinan bagi non Muslim menggunakan kalimah Allah dalam peribadatan mereka.

Avishmael berkata...

Keempat : Dalam Sahih Muslim, Nabi SAW bersabda;

لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى لَا يُقَالَ فِي الْأَرْضِ اللَّهُ اللَّهُ

Maksudnya;
“Tidak akan berlaku kiamat, melainkan tidak ada lagi di bumi orang menyebut, Allah, Allah[1]”

Dalam bahasa arab, kalimah ‘assa’ah’ yang diterjemah sebagai ‘kiamat’. Ia juga boleh diterjemah sebagai ‘kebinasaan’. Hal ini merujuk kepada hadis bahawa Nabi SAW bersabda;

فَإِذَا ضُيِّعَتْ الْأَمَانَةُ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ قَالَ كَيْفَ إِضَاعَتُهَا قَالَ إِذَا وُسِّدَ الْأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرْ السَّاعَةَ

Maksudnya;
“apabila amanah dikhianati, maka tunggulah kebinasaan”

Ditanya, ”bagaimana amanah dikhianati?”

”apabila diberikan sesuatu urusan itu kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kebinasaan” Jawab Nabi SAW ringkas tapi padat[2].

Daripada ini, kita fahami bahawa kebinasaan akan berlaku, jika tiada lagi manusia yang menyebut kalimah Allah atas muka bumi. Dalam hadis ini, tidak pernah wujud satu pengkhususan bahawa keizinan menyebut kalimah Allah ini hanya khusus kepada orang Islam sahaja.

Justeru, dari segala dalil-dalil yang dikemukakan ini, difahami bahawa tidak ada larangan dari Islam bahawa orang bukan islam tidak dibenarkan menyebut kalimah Allah. Bahkan, yang wujudnya adalah, nas sendiri memberikan keizinan untuk disebut kalimah Allah bagi orang bukan Islam.

Bahkan, ini dikuatkan lagi sirah Nabawiyyah, yang mana di awal-awal dakwah Nabi SAW, kalimah Allah sudah digunakan oleh orang-orang quraish ketika itu. apabila kedatangan Islam, nabi SAW tidak pernah menghalang atau melarang orang-orang Quraish daripada menyebut kalimah Allah. Malahan, apa yang dilakukan oleh Nabi SAW adalah, baginda SAW memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah dari sudut yang betul.

Perlu diingat, Nabi SAW datang ketika itu, bukan menghalang dari mereka memggunakan kalimah Allah, tetapi Nabi SAW datang memberi penerangan yang betul terhadap maksud kalimah Allah itu sendiri. Inilah tugas nabi, yang wajib dicontohi oleh seluruh umat-umatnya.

Avishmael berkata...

ISYKAL DAN JAWAPAN

Pertama :

Mengizinkan non muslim menggunakan kalimah Allah dapat melahirkan keraguan umat Islam terhadap maksud kalimah Allah SWT.

Jawapan;

Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, sepatutnya tidak difikirkan sebagai ruang non Muslim untuk meragukan umat Islam. bahkan, yang wajib difikirkan oleh umat Islam adalah, bagaimana kalimah Allah ini dijadikan sebagai kalimah yang sering disebut oleh non Muslim, kemudian diberikan kefahaman kepada mereka tentang maksud sebenar terhadap kalimah Allah yang mereka sebut itu. dan inilah, yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW dalam dakwah di marhalah Makkiyyah dahulu.

Kedua:

Lebih baik menghalang dari mereka menggunakan kalimah Allah, kerana ia dibawah maksud ”sad Az-Zarai’”

Jawapan;

Kaedah ”sad Az-Zarai’” digunakan untuk menutup sebarang ruang-ruang yang boleh membawa kepada haram. Adapun dalam kes non Muslim menggunakan kalimah Allah, ia merupakan ruang untuk mendekatkan non Muslim terhadap kefahaman maksud ”Allah”.

Ketiga:

Ramai orang Islam pada hari ini yang lemah aqidah, justeru, dibimbangi mereka terpengaruh dengan agama non Muslim, apabila mereka dibenarkan menggunakan kalimah ”Allah”

Jawapan;

Apabila lemah aqidah, maka perkara yang perlu dilakukan adalah, perkuatkan aqidah mereka. berikan kefahaman kepada mereka tentang aqidah yang sahihah.

Tindakan melarang penggunaan kalimah ”Allah” dari kalangan Non Muslim dalam usaha hendak menyelamatkan aqidah orang Islam, merupakan dakwaan yang terlalu dangkal. Ini kerana, tindakan tersebut samalah seperti doktor yang memberi ubat pening kepala kepada pesakit yang sedang sakit perut.

Keempat:

Tindakan non Muslim yang kini baru sahaja mahu menuntut mahu menggunakan kalimah Allah terkandung agenda tersembunyi

Jawapan:

Apakah wujud agenda tersembunyi atau tidak, ia bukan isu yang wajar dibangkitkan. Apa yang pasti, Nabi SAW ada bersabda;

فَإِنَّ لِصَاحِبِ الْحَقِّ مَقَالًا

Maksudnya;
”Sesungguhnya orang yang ada hak, hendaklah diberikan ruang untuk dia bercakap[3]”

Justeru, dalam isu menggunakan kalimah ”Allah” bagi orang bukan islam, ia merupakan hak yang dibenarkan dalam agama mereka. justeru, hak ini hendaklah diberikan kepada mereka. jika mereka mahu menuntut hak itu, wajib diberikan ruang kepada mereka bersuara dalam menyatakan hak mereka.

Adapun sekiranya benar wujud agenda tersembunyi tersebut, maka ia perlu dihadapi dengan segala kebijaksanaan. Bukannya dengan melarang terus mereka daripada bersuara. Kerana, tindakan sebegitu akan memberi gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim.

KESIMPULAN

Secara asasnya, tindakan membenarkan kalimah Allah kepada Non Muslim bukanlah perkara yang dilarang dalam syarak, sama ada menerusi Al-Quran, atau Hadis nabi SAW.

Sebagai umat Islam, keizinan terhadap non Muslim dalam menggunakan kalimah Allah ini, sewajibnya diambil kesempatan dalam memberi penjelasan dan penerangan yang sebenar terhadap maksud kalimah “Allah” itu sendiri. Kerana, inilah yang sebenarnya dilakukan oleh Nabi SAW.

Tindakan melarang mereka dari menggunakan kalimah Allah, ia merupakan satu tindakan yang boleh melahirkan gambaran buruk terhadap Islam di mata-mata non Muslim, yang sudah pasti, ia tidak memberi keuntungan kepada Islam sedikit pun.

jika mahu difikirkan balik, mengapa tidak dijadikan kalimah “Allah” ini sebagai cara untuk melahirkan penyatuan manusia di seluruh dunia. Sekiranya Najib Tun Razak boleh menggunakan tema 1 Malaysia dalam usaha hendak menutup politik perkauman UMNO, mengapa tidak digunakan “Esa Allah” dalam menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan berbilang bangsa?

“LA ILAHA ILLALLAH”

Sekian

WAllahu a'lam

Avishmael berkata...

Wahai sahabatku Selempang Merah, sungguh keris Melayu itu dihunus semata-mata untuk menyucikan Allah dari segala sangkaan buruk orang2 kafir terhadap diri-Nya.

Adapun pada kalimah Allah, tiada cacat mahupun cela bisa merobek keagungan-Nya. Sudah menjadi takdir akan kalimat Allah itu meniti di bibir setiap manusia, sama ada yg beriman atau yg kufur.

Jelas sekali perjuangan UMNO hanyalah menunjukkan kejaguhan di depan orang kampung sendiri, sedang hukum Allah dipinggirkan sebelum ini.

Sayang seribu kali sayang bg Nasharudin Mat Isa, mudah goyah pabila digertak. Kalau lah diri ini salah seorang anggota parti Islam, tentu saja aku berdiam diri dan istoqamah terhadap perjuanganku menjulang hukum Allah di tanah cetusan Parameswara ini. Sesungguhnya perkara ini adalah mudah di hayat baginda Rasulullah, kalakian menjadi bebal pula ia di zaman ini.

zedmagel berkata...

Salam Bro Selempang Merah,

Umat Islam tanpa mengira parti mesti bersatu mempertahan satu kekeliruan bagi generasi yang akan datang.

Selempang Merah berkata...

Salam Nilai Sri Wangsa..

Terima kasih atas nasihat anda. Saya sedia memohon maaf jika kata-kata kasar tersebut telah menghantui diri anda dan sesiapa sahaja yang fahamannya seangkatan dengan anda.

Sesungguhnya, hujah ayat suci al-Qur'an yang anda gunakan tersebut, adalah menjelaskan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan kita (umat Islam) bahawa mereka (ahli kitab) telah mengubah fahaman mereka yang asal. Namun sebagaimana yang kita sedia maklum, mereka dengan jelas telah mensyirikkan ALLAH sehingga mempunyai isteri, anak dan sebagainya.

Oleh itu, Nabi Muhammad s.a.w. diperintahkan memperbetulkan fahaman mereka dan kini, kita sebagai umat Islam wajib memperbetulkan fahaman mereka itu. Namun, adakah anda telah membantu ALLAH dan Rasul-Nya untuk memperbetulkan mereka. JIka anda mengatakan tidak atau belum lagi, sewajarnya anda hendaklah senyap dan berfikir sejenak untuk menilai diri anda demi menyampaikan dakwah kepada golongan bukan Islam yang menggambarkan lemahnya iman anda untuk berani bangkit sebagai umat dakwah demi menegakkan kalimah "La ila ha illALLAH, Muhammadar Rasulullah". Jika jawapan anda ya, saya ucapkan al-hamdulillah. Namun, berapa ramai yang telah Islam di tangan kita ?

Namun, saya juga dengan setegas-tegasnya ingin nasihatkan anda agar segera bertaubat kepada ALLAH. Ini kerana dengan mengakui dan membenarkan agama lain mensyirikkan ALLAH, walaupun hanya sekadar perkataan dalam maksud terjemahan mereka mengenai tuhan mereka, boleh menyebabkan kita (yang seangkatan dengan Khalid Samad) sama-sama telah mensyrikkan Allah dengan yang lain. Malah anda dan yang seangkatan dengan Khalid Samad dengan jelas telah meredhai fahaman agama mereka serta mengakui ALLAH boleh disyirikkan. Oleh itu, andalah ( yang seangkatan dengan Khalid Samad) yang wajib bertaubat selagi pintu taubat masih terbuka.

Anda mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. tidak menghalang kafir Quraisy di Mekah ketika itu. Jawapannya ialah, ini kerana Islam ketika itu belum kuat sehinngakan Nabi s.a.w. terpaksa menyampaikan dakwah secara "sir" (rahsia). Adakah anda ingin maksud Nabi s.a.w. redha dengan agama mereka? Nabi redha mereka mempermain-mainkankalimah ALLAH dengan mensyirikkan ALLAH?

Sesungguhnya baginda Rasulullah s.a.w. ada menceritakan para sahabatnya dalam sebuah hadis yang masyhur iaitu sebagaimana maksudya : "Nanti, Islam diakhir zaman, ramainya Islam ibarat banyaknya buih di lautan. Namun, Islam ketika itu amat lemah sehingga mudah dikalahkan musuh, mudah dihina dan diperkotak-katikkan". Au kama kol.. Maka, benarlah sabda Baginda s.a.w. yang ianya benar-benar berlaku di zaman kita.

Saya boleh menerima dan bersetuju dengan cadangan anda yang boleh membawa maksud selogan "1 Malaysia, 1 Allah". Andakah penganut agama lain boleh menerimanya. Namun, tidakkah cadangan anda ini akan mengundang kembali peristiwa berdarah 13 Mei. Dulu berpunca isu perkauman dan kini berpunca daripada isu keagamaan. Sesungguhnya, berfikir sesaat adalah lebih baik hidup seribu tahun.
Akhirnya, anda telah mengakui bahawa anda telah menjadikan isu ini sebagai isu politik kerana anda menganggap orang UMNO mahu menjadi jaguh disebabkan pemimpin parti anda telah terlepas cakap sehingga dalam parti anda (PAS) sendiri, ramai yang menentang hujah anda untuk membenarkan katolik menggunakan kalimah ALLAH. Sesungguhnya, kalimah ALLAH adalah soal akidah seluruh umat Islam tanpa mengira parti. Jika masalah fekah, perbezaan pandangan adalah rahmat. Tetapi perbezaan akidah, boleh mendatangkan keCELAKAan yang besar kepada umatnya. Belajar-belajarlah mengkaji apa yang berlaku kepada Indonesia dan beberapa negara Arab yang telah memberi kebenaran penggunaan kalimah tersebut.

Wallahu a'lam..

Selempang Merah berkata...

Salam bro zedmagel..
Musuh Islam memang cemburu dengan keamanan yang sedang kita nikmati. Mereka sentiasa mencari peluang dari kelemahan kita sebagai umat Islam yang kini semakin hari kian lemah, lesu dan longlai. Kesemuanya berlaku disebabkan kelalian kita sendi dalam beramal dengan "amar ma'ruf , nahi munkar". Saya akan bersama dengan anda dan seluruh umat Islam dalam menegakkan kalimah ALLAH di muka bumi ini walaupun saya telah lakukannya sejak dahulu lagi hingga ke hari ini. Mungkin, isu ini akan mengembalikan umat Islam kelandasan yang benar serta beralih untuk menguatkan akidah dan memperbanyakkan amalan masing-masing serta memperbaiki kelemahan diri.

Takbir… ALLAHU AKBAR !!! 3 X.

wALLAHu a'lam..

Avishmael berkata...

Selempang Merah, anda dan golongan anda tidak paham. Tidak menghalang orang Kristian menggunakan kalimah Allah bukanlah bererti kita membiarkan syirik. Penggunaan kalimah Allah ialah isu bahasa, bukan isu akidah. Allah bukan untuk org Islam, dan bukan juga utk org kafir. Tapi Allah ialah untuk Tuhan. Allah is for God. Tuhan yg mcm mana? God yg mcm mana? Allah ialah TUHAN YANG MENCIPTAKAN ALAM. Ingatlah dalam surah al-A'raf ayat 104, bagaimana Nabi Musa menerangkan kepada Fir'aun tentang siapa Allah(terjemahan):

"Dan berkatalah Musa: Wahai Firaun! Sesungguhnya aku ini ialah Rasul dari TUHAN SEKELIAN ALAM (Allah)" (Al-A'raf ayat 104)

Malah Allah sendiri menerangkan siapa itu Allah dalam surah al-Fatihah ayat 2:

"Segala puji bagi Allah TUHAN SEKELIAN ALAM" (Al-Fatihah ayat 2)

Dan lihatlah juga bagaimana Nabi Ibrahim mengenal Allah dalam surah al-An'am ayat 79:

"Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI"

Avishmael berkata...

Begitu juga dalam surah Ibrahim ayat 10:

"Rasul2 mereka bertanya : Patutkah kamu ragu tentang wujudnya Allah, yang MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI?"

Dan sudah menjadi fitrah manusia, apabila baru nk kenal Allah, mereka akan merujuk Ia sbg Tuhan sekelian alam. Ini dpt dilihat dlm surah al-A'raf ayat 120-122 ketika ahli sihir Firaun bertaubat, lantas terus mengisytiharkan keimanan mereka kepada Allah:

"Dan ahli2 sihir itu dgn sendirinya merebahkan diri bersujud. Sambil berkata : kami beriman kepada TUHAN SEKALIAN ALAM. Tuhan Musa dan Harun (Allah)"

Dan renungkanlah wahai Selempang Merah, ketika org kafir menuduh Allah punya anak seperti yg dirakam dlm surah al-Baqarah ayat 116, Allah menjawab tuduhan mereka dgn memperkenalkan diri-Nya kpd mereka dalam ayat tadi dan disambung ke ayat berikutnya (117):

"Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah, semua tunduk kepadanya. Allah PENCIPTA LANGIT DAN BUMI, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka (cukuplah) Dia mengatakan kepadanya "jadilah", maka jadilah"

Berdasarkan dalil2 yg saya bagi, pantas saja bg kita mengatakan takrif kalimah Allah ialah TUHAN SEKELIAN ALAM, YANG MENCIPTAKAN LANGIT DAN BUMI, YANG MENCIPTAKAN KITA.

Selagimana seseorang itu, tidak kira apa agamanya, merujuk Allah sbg Tuhan sekelian alam, pencipta langit dan bumi, yang menciptakan semua makhluk, maka, penggunaan kalimah Allah itu kene pd tempatnya. Walaupun dia mensyirikkan Allah, penggunaannya betul dari SUDUT BAHASA.

Isu keesaan Allah lain pula ceritanya. Soal keesaan tidak termasuk dlm takrif kalimah Allah. Ini soal akidah, soal kebenaran, ttg siapakah yg benar dalam bertuhankan Allah. Inilah yg menjadi pertikaian antara Muslim dan Kristian. Islam kata Allah Esa, Kristian pun kata mcm tu gak, tapi ada tiga (bodohkan diorang).

Sebab tu Selempang Merah, Allah mengutuskan Nabi utk menerangkan keesaan Allah, bukannya suruh pi halang depa drpd mengatakan "Allah itu Tuhan kami"!

Dalam surah al-Haj ayat 40, Allah melaknat org musyrik krn mengusir org Islam krn mengatakan "Tuhan kami ialah Allah". Apakah kamu dan gerombolan kamu hendak melakukan hal yg sama terhadap org Kristian yg pernah mempunyai hubungan baik dgn org Islam sewaktu zaman Nabi dulu? Mereka hanya mahu katakan Allah itu Tuhan mereka. Tak kira lah bagaimana akidah mereka, Allah tetap Tuhan mereka. Itu pun cukup baik mereka nk terima Allah sbg Tuhan mereka. Kamu (org Islam) pulak yg nk menghalang? Subhanallah. Dalam ayat yg sama, Allah melarang kita menyerang rumah ibadat termasuk gereja kerana nama Allah disebut di dalamnya. Tapi disebabkan oleh org yg berpahaman seperti kamu, habis gereja di PJ dan desa Melawati diserang dgn bom buatan sendiri. Tgk berita tak?

Saya sebenarnya malu nk berdebat dgn anda hanya disebabkan psl org kafir Kristian ni. Tp, di sini saya nk menegakkan hak yg benar. Seluruh manusia berhak mengatakan Allah itu Tuhan mereka. Tak kira bagaimana akidah mereka, itu kita boleh bawa bincang dgn mereka. kalau mereka serang umat Islam, kita wajib serang mereka. Tapi dalam kes ni, mereka nk berkongsi Tuhan dgn kita, wajarkah kita serang mereka? Saya sayangkan anda sbb anda saudara saya. Sbb tu saya nk buka minda anda.

Bayangkan Selempang Merah, kalau satu hari nanti, M'sia ditimpa bencana alam (nauzubillah), apakah anda redha mendengar najib berkata, "kpd rakyat m'sia, tak kira agama apa, berdoalah kpd TUHAN MASING-MASING supaya selamatkan M'sia"? Apakah anda redha? Klu anda redha, bererti anda mengaku ada banyak Tuhan. Lain agama lain Tuhan, begitu?

Bukankah lebih baik keadaannya kalau najib kata begini, "kpd rakyat malaysia, tak kira agama apa pun, BERDOALAH KPD ALLAH, TUHAN KITA SEMUA agar m'sia selamat". Bukankah ini lebih adil terhadap Allah? Fikirkanlah....

WAllahu a'lam