Islam Agama Keamanan



Member Bloger :

Jumaat, 1 Januari 2010

ANUWAR IBRAHIM : 2009 VS 2010 :

Selamat tinggal 2009 dan selamat datang tahun baru 2010. Kisah ragam politik tahun 2009 begitu mendebarkan, dari runtuhnya kerajaan pakatan rakyat di Perak hinggalah kepada BN hampir tewas angkara tipu muslihat Anwar dalam pengundian Bajet di Dewan Rakyat.

Kisah Anwar di sepanjang tahun 2009 juga tidak lekang dari pelbagai isu kontroversi, bermula dari tindakkannya seakan menyokong DAP menghina Sultan Perak berkaitan krisis di Perak hinggalah kepada tindakkannya hadir dan melakukan upacara sembah kepada Teoh Beng Hock yang mati terjatuh dari bangunan Plaza Masalam selepas disiasat SPRM.

Kisah Anwar dan Saiful juga banyak kali menarik perhatian umum, dari tindakan Anwar cuba menangguhkan perbicaraan kes liwat hinggalah kepada usahanya untuk mendapat bahan bukti dari pihak berkuasa.

Sesungguhnya tahun 2009 juga menampakkan Anwar semakin terdesak untuk menjaga reputasi dirinya, dengan sokongan orang Melayu dan India semakin merosot kepada dirinya dan pergolakkan dalaman parti PKR yang diterajuinya. Anwar sedaya upaya untuk mengatakan bahawa dirinya masih seperti dahulu seorang pemimpin islam dan masih berada didalam lingkungan jemaah islam.

Walaubagaimanapun jika dilihat kepada realiti beliau sebenarnya semakin banyak mendedahkan dirinya dengan menghadiri dan melibatkan diri dengan badan-badan tajaan Yahudi dan Amerika.

Antaranya ialah menghadiri Persidangan di Qatar di mana beliau berkongsi pentas bersama dengan Madeline Albright bercakap mengenai Demokrasi di dunia islam. Di Amerika pula beliau menghadiri sidang mengenai Islam dan Barat di Universiti Georgetown, program yang ditunjangi oleh Syed Hoseein Nasr tokoh pluralisme dunia Islam. Anwar telah berkongsi pendapat dengan Tony Blair bagaimana untuk mempraktikan kesamaaan agama di seluruh dunia.

Puluhan program dan forum tajaan Jabatan Luar Amerika yang disertainya menyerlahkan Anwar membawa misi khas, seolah diplomat Amerika untuk melobi demokrasi dilaksanakan di dunia Islam. Amerika kini menggunakan "Racun Demokrasi dan Kebebasan" untuk menyeludup masuk kesetiap negara yang dianggap mempunyai potensi kepada negaranya. Dari Cuba dan Vanezuala disebelah benua Amerika hinggalah ke China dan Iran di sebelahG timur.

Gula-gula demokrasi dan kebebasan dijaja pelobi-pelobi tajaan Amerika, seperti yang dilakukan oleh Anwar di dunia Islam hari ini. Di dalam kelompok bukan Melayu di Malaysia, Anwar seakan ingin menonjolkan dirinya seumpama Gus Dur di Indonesia, dengan menghadiri dan menawarkan pelbagai janji sekiranya dia dipilih sebagai pemimpin no 1 di Malaysia.

Jika dilihat susuk pelakuannya dihadapan bukan Melayu, beliau begitu ingin memperolehi gelaran Bapak Pluralisme Malaysia sama seperti gelaran Bapak Plaralisme Indonesia yang diperolehi kawan baiknya Gus Dur yang baru sahaja dijemput pencipta ke alam kekal beberapa hari lalu. Namun apabila salah satu video tersebar di dalam alam siber dia pernah mengucapkan perkataan pendatang kepada kaum bukan Melayu di Malaysia, Anwar terkedu seketika kerana rahsia yang disimpan selama ini semakin terbongkar.

Tahun 2010 baru sahaja tiba, kata Saiful Bahari mangsa liwat Anwar yang terbaru, tahun baru masihi ini merupakan tahun kebenaran. Mungkin kebenaran yang dimaksudkan Saiful itu untuk mendedahkan siapa Anwar sebenarnya. Kebenaran untuk mencungkil rahsia peribadi Anwar yang tersembunyi selama ini dan kebenaran disebalik hinaan Anwar kepada musuh politiknya.

Semoga saudara Saiful Bakhari dipermudahkan urusannya oleh Allah s.w.t., dan tabah meniti hidup sebagai mangsa cemuhan Anwar dan kuncu-kuncunya. Sesunguhnya tidak selama-lamanya kejahatan dapat memenangi pertarungan. Tiba saatnya, kejahatan itu tersembam sendiri tanpa diserang oleh pihak lain.

Tiada ulasan: